Monday, 4 July 2016
Salam Kosong Kosong
Thursday, 19 May 2016
Pre Wedding Signage Miemiy & Faqih
Save The Date
Miemiy & Faqih
13.08.16
Close Up Review
Taraaaa ~
Alhamdulillah, da siap pon .
Disebabkan kawan Sheila menempah last minit, ini saje lah yg dpt Sheila persembahkan kepada nya. Dia nak signage ni 7/8 haribulan. Tapi sbb Sheila penat sgt dalam minggu tu, Sheila berkesempatan buat signage ni hari Sabtu, after balik kerja setengah hari.
Dari pukul 2 ptg hinggalah 5 ptg Sheila mengerjakan mende alah nie je . Naik juling jugak bijik mata . Hihihihi. . After da siap Sheila terus send gambar and whatsapp dya . Reaksi dia ? Terus laju nak dtg amik rumah. Senyum lebar dia . Alhamdulillah .. ^_______^
Kalau ada yg berminat nak tempeh, boleh contact Sheila ye . Terima kasih.
Jumpa lagi,
Bye. :)
Thursday, 21 April 2016
Tempahan Handmade Quilling Guestbook

Friday, 8 April 2016
Jemput masuk :)

Jemput masuk ye :) . Dalam entry tu, semua Sheila da sertakan sekali . No whatsapp, Instagram ID and FB Page . Untuk sebarang keterangan lanjut, boleh je whatsapp, untuk lebih mudah , senang dan cepat . Hehehe . Kalau ada sape-sape kat luar tu yang berkenan dengan hasil kerja Sheila, boleh contact Sheila okey . Korang akan dilayan baekkk punyaa . Hehehe .
Setakat sini sahaja. Love uols . Babai :)
Thursday, 7 April 2016
Review : Tundukkan Playboy Itu

Wednesday, 6 April 2016
Friday, 1 April 2016
Review : Bunga Telur Kertas Crepe
Haaa . Nampak tak betapa kebizian nya Sheila sampai tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata . Selepas buat majlis bertandang sebelah lelaki, terus jadi sgt busy dengan projek Bunga Telur . Anak sedara en.suami yang order . Eh, anak sedara en.suami kira anak sedara aku la jugak kan . Theehehehe . (Sambil gigit jari)
Tema: Grass Green + Pink + White
Qty : 50 pcs
Material : Crepe Paper
Tema: Cream+ Green + White
Qty : 50 pcs
Material : Crepe Paper
Untk jarak lebih dekat :)
Alhamdulillah, dapat jugak siapkan order dalam masa yang dia nak . Actually, nak kembang2 kan bunga tu take time ckit . Lagi 1, reben da dipotong-potong tu plak kena lipat-lipat lagi . Bila semua nya da siap, baru lah kerja jadi mudah . Tinggal cantum-cantum, lilit-lilit je . Senang bukan ? Hehehe . Terima kasih yang tak terhingga buat en.suami yang sudi tolong . Sayang abg ketat-ketat . Chewahhh ~
Dan ni adalah respon yang anak sedara Sheila . Siap tambah lagi order 50 pcs bunga telur tema Biru Turqoise 50 pcs . Alhamdulillah Alhamdulillah ya Allah . Rezeki anak semua nie . Syukur :)
Alhamdulillah, syukur :)
Nasib baik anak sedara nak bulan 5, boleh lalala lagi buat sambil-sambil tengok tv . Hehehe . Masa siapkan bunga telur Grass Green n Cream tu, bawak sikit-sikit material kat tempat kerja . Buat nyorok-nyorok masa bos takde . Hahahaha . Nakal kan Sheila ? Jangan tiru aksi ini di tempat kerja anda , hokeyyyy . ^ ____________^
Sekarang fokus pada 50 pcs bunga telur Biru Turqoise pulak . Bahan-bahan da beli, tinggal nak buat je . Cuma tang reben tu je, dia cakap terpulang pada Sheila nak kaler ape . Ok, yang tu rahsia . Hehehe . Harap anak sedara masih berpuas hati dengan servis yang kedua nie . InshaAllah amin~
Ada yang berminat ke ? Hahahaha . Kalau ada yang berkenan dan berminat boleh rojer-rojer okeyy . Sheila on je kalau ada sape-sape yang nak menempah . Bab harga ? Jangan risau, Sheila bg harga murah-murah je . Siap boleh nego lagi . Thehehehe.
Ok, jumpa lagi di lain entry .
bui bui ~
Wednesday, 16 March 2016
Tuesday, 8 March 2016
Majlis Bertandang Pihak Lelaki
![]() |
Kad Jemputan buatan tangan :) |
Monday, 7 March 2016
Giveaway Kathy's homemade soap By Alia
SYARAT PENYERTAAN
1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Follow Instagram @aliafarhan cari gambar ini dan tag rakan anda
3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @kathyshomemadesoap
5) Like PAGE KATHY'S HOMEMADE SOAP
6) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Kathy's Homemade Soap by Alia'
7) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
8) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini
9) Komen dalam penyertaan ini masalah kulit yang dihadapi ( kering, ekzema, berminyak, berjerawat dsb)
1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Follow Instagram @aliafarhan cari gambar ini dan tag rakan anda
3) Like PAGE VANILLA FREAK
4) Follow Instagram @kathyshomemadesoap
5) Like PAGE KATHY'S HOMEMADE SOAP
6) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Kathy's Homemade Soap by Alia'
7) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
8) Tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini
9) Komen dalam penyertaan ini masalah kulit yang dihadapi ( kering, ekzema, berminyak, berjerawat dsb)
Produk homemade soap bernilai RM50.
3 HADIAH SAGU HATI:
Produk homemade soap bernilai RM25.
Asheila Zakaria bertukaaaarrr !!!
![]() |
Header baru yang simple lagi menawan hati. :) |
Ni lah header baru Sheila. Simple jek kan? Simple but nice, I loiikeee uollss. Hehehe. Sheila sangat mementingkan kekemasan. Aicehhh. Tahniah kpd adik ehem2 (kalau nak tau sapa yang buatkan, sila baca entry ni sehingga habis) sebab buatkan header macam nie, sama seperti yang akk nak. Sebenarnya Sheila tak kisah tang bentuk rupa "Asheila Zakaria" nie, tapi Sheila nak header nye melintang penuh. Taknak yang besar header ikot body blog. Faham tak ape yg Sheila meraban ? Ngeee~ Senang kata macam blog Sheila ni lah. Hehehe.
![]() |
Sidebar pon cantik menarik tertarik kau mmg da bommm. Kau hado ? ngeee~ |
Sidebar pon simple mimple je. Eh, nampak tak red balloon tu? Jgn lupa klik taw. Baru 8 orang follower Sheila, sedih . sob sob. . (Ahaiiii.. drama pulak). Haha, takpelah. Masih permulaan kan. Terima kasih yang follow Sheila ye. :)
Actually, Sheila memang giler purple. So, Sheila request purple + soft pink and simple design supaya tak nampak messy. Sheila kalau bab-bab design Sheila tak cerewet tapi kalau messy Sheila cerewet. Biar sedap mata memandang gituwww. Heee~ .
Semua ni Sheila tempah dengan adik Rrai . Boleh klik link untuk terus terbang ke blog beliau. Mudah nak deal dan berkomunikasi dengan adik Rrai. Kalau korang berkenan nak tempah dgn beliau, di bawah ada serba sedikit info tentang harga dan pakej yang ditawarkan oleh adik Rrai. :)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HARGA:
Pakej A: RM15
-header
-watermark
-footer bawah blog
-menu tab [jika direquest oleh customer]
-post footer
-post title
-sidebar title
-background blog
-scrollbar background
-highlight colour
-image hover
-link hover
-blockquote background
-image for home,older and new icon
Pakej B: RM5
-header sahaja [sama ada bercantum dengan blog atau tidak/mengikut permintaan customer]
atau
-footer sahaja [sama ada bercantum dengan blog atau tidak/mengikut permintaan customer]
Pakej C: RM3
-watermark sahaja
Harga yang ditetapkan adalah muktamad dan saya mengambil kira kos penggunaan elektrik/ tenaga dan masa yang saya guna.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berbaloi-baloi taw. Sheila amik Pakej A, bukan RM30, bukan RM20 , bukan RM16. Tapi RM15.00 sahaja ! Huhuhu. Ayat promote yang sering viral di facebook dan laman social seangkatan dengannya. Hehehe.
Ok, kpd korang yang newbie macam Sheila ni, kot2 nak tempah editkan blog, boleh la wiki-wiki Rrai untuk keterangan lanjut. :) Sekian untuk entry kali ni.
Assalamualaikum.
With Love,
Friday, 4 March 2016
Pregnancy Diary : My First UPT II
Thursday, 3 March 2016
Projek : Yasin & Tasbih
![]() |
Sheila memang suka dengan pearl :) |
Projek yang Sheila maksudkan adalah jeng jeng jeng :
![]() |
Pearl yang sudah siap menjadi tasbih . Love it :) |
Tasbih ni Sheila buat drpd 33 biji pearl. Dulu masa mula-mula buat memang agak rumit, tapi bila da buat banyak kali, senang je rupanya. Semudah ABC . :) Cantik pulak tengok macam-macam kaler ada. hehehe.
![]() |
Tasbih & Yasin da siap packaging. |
![]() |
Ready to deliver. Yeayhhh :) |
Sunday, 28 February 2016
Pregnancy Diary : MY First UPT
Assalamualaikum, hye semua. :)
Sebenarnya da lama nak tulis entry nie tapi disebabkan masa yang sangat mencemburui Sheila , terpaksa la Sheila tunda , tunda dan tunda lagi . Hehehe . Sibuk mengalahkan Perdana Menteri . Opsss ^ ^
Sheila nak ceritakan pengalaman bila Sheila first time buat UPT (Urine Pregnancy Test) . Actually Sheila macam percaya tak percaya jugak. Yelah, benda baru kan . Sheila tak perasan pape perubahan pon. Cuma dalam 25hb Jan aritu Sheila rasa sakit sangat kat bahagian kepala belah kiri. Tak pernah pon rasa sakit macam tu . En. Suami la yang tolong picitkan, urutkan. Hehehe. Tangan lelaki ni kalau urut lain macam sikit. Memang berasa, walaupun dia selalu cakap dia xpandai mengurut. Tetiba en. suami cakap :
"entah-entah sayang pregnant?"
Whattt? Sheila dengar macam nak gelak pon ada sbb baru lagi kot. Tapi selang beberapa hari, waktu balik kerja en.suami tanya pulak :
"da period ke belom?"
Erkkk . Sheila baru perasan yg Sheila tak period lagi. Tapi cuma lambat 2,3 hari je. Apelagi, malam tu keluar terus g farmasi beli UPT. Sheila tak keluar kereta pon, en.suami yang g beli. Tunggu punya tunggu, aihh lambat pulak laki aku ni beli UPT je kot. Bila dia masuk je kereta, taraaaa~ :
sumber dari pacik google. wink**
Dia g beli yang digital punya eahhhh . Patot la lambat ^^ . Da agak dah, ni mesti staff farmasi tu suh beli yg nie. Lebih tepat kata nya. Over eksaited benor laki aku nih . mihmihmih . .
Tapi balik malam tu tak terus check pon. Sheila tunggu seminggu dari tarikh sepatotnya Sheila period. Hari Sabtu, 30hb January 2016 Sheila buat test, after Maghrib. Hehe. So, the result is :
Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Ilahi. :)
Sheila nampak riak muka en.suami Sheila mase tu
. Happy sangatt , Tuhan je yang tahu. Tapi Sheila masih mcm ragu2 tw. Nak jugak double check kt klinik. huhuhu . Nanti Sheila sambung cerita p check kt klinik pulak . Wait for next entry. :)
With Love,
Friday, 5 February 2016
Gong Xi Fa Cai
Assalamualaikum, hye all :)
Yabedabeduuuuu ! Arini kerja setengah hari dengan mood rayaaaa !! Yieeehaaa. . Selamat hari rayaaa . Aidilfitri muliaaa . . kepada muslimin muslimaaattt ~ Eh Eh Ehhhh . Bukan raya pose la. Hari Raya Cina la :)
Tahun ni Tahun Baru Cina jatuh pada 8 & 9 Februari 2016 dan tahun ini adalah Tahun Monyet . Sape lahir Tahun Monyet ? Angkat tangaaann ! (hihihik) Sheila lahir tahun kuda , 1990. Sape same dengan Sheila angkat tangaaann ! (Da macam cekgu cekgi pulokk)
Yeayhh ! Dapat nyambong cuti sampai hari Selasa . Uolss kemana cuti panjang nie ? Mesti jalan2 cari makan kan . Takpon naik pelamin ? Thehehehe. Sheila? Erkkk, tak kemane pon . Encik Suami kerja pulokk . Iskk iskk iskk :( Kami dah planning nak balik kampung Tenggaroh 1 (belah suami) . Balik pon ada hal, sebab nak bincang majlis bertanding bertandang bulan 3 nanti . InshaAllah . Tapi bila hari Khamis lepas Encik Suami cakap dia kena kerja, hancur luluh terussss . hahaha . Takpelah, kita hanya mampu merancang , tetapi Allah jua yang menentukan :) Think Positive okeyyyy :)
Sempena cuti panjang ni, kepada yang nk melancong makan-makan angin, have fun :) Nikmatilah cuti anda dengan sebaik-baiknya . Tak kira lah yang bawak anak pinak cucu cicit jiran sekampung, berhati-hatilah di jalan raya . Kalau drive jauh2 tu, pastikan cukup tidur . Bukan driver je kena cukup tidur, yang lain2 yang duduk sebumbung tu pon kena cukup tidur jugak . Tau kenapa ? Sebaaabb . Boleh la korang teman driver tu . Borak-borak ke, karoke ker . Kesian dia drive sorang2, penat2 bersengkang mata tengok jalan , korang kat belakang membuta . Tido je keja nya ! Haippp . Tak boleh gitu . Hehehe. :)
So, dengan ini Sheila mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai kepada semua warga Cina tak kira usia, tua muda miskin kaya sama sahaja :) Cuti baik-baik . :)
Sekian.
With Love,
Monday, 1 February 2016
Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH
Memandangkan petang2 ni takde buat kerja ape kat opis, Sheila saje la ngulor2 jenjalan shopping n cuci mata . (Boleh pulak tengah keja g shopping kan?) Haihhh , bukan jenjalan shopping yang kat mall or shopping complex tuuu . Jenjalan kat blog blogger2 je atau dinamakan blogwalking. :) Duduk2 jer kat opis :) sambil tunggu masa nak balik . Hahaha ~
Sebenarnya, Sheila saje google2 nak cari contoh2 buat giveaway :) Sape2 yang pernah blogwalking blog Sheila mungkin pernah terbaca tentang entry Sheila YANG INI. Haaa, surprise entry kan? Tapi bukan yang ni surprise entry tu. Tunggu lagi eahh :) Saje nak uji tahap kesabaran korang yang suka blogwalking blog Sheila tapi tak follow pon . (Aicehhh , sentap pulokk) . Guraw je hokeyyy :)
Kali ni, Sheila nak join 1 Segmen Pencarian Bloglist 2016 yang dianjurkan oleh Miss Anis Nabilah. Nak tau sape owner Nye? Boleh klik banner di bawah :)

Miss Anis Nabilah, hakak join segmen awak ye :) Nasib baik ade masa lagi seminggu . hehehe.. Anis Nabilah ni muda lagi, baru umo 18 tahun tw.
Dah berkecimpung dalam dunia blogwalking since 2011 , means umo 13 da ber'blog' . Betul tak hakak kira nie? hehehe. . :P
Korang boleh la join2 jugak segmen ni . Syarat penyertaan pon tak susah mane . Mudah diterima oleh khalayak umum . Hehehe . Sesuai untuk Sheila yang baru start berblogging nih .
P/s: Segmen pertama yang Sheila join . Akan Sheila ingat sampai biler2 :)
With Love,
Tuesday, 26 January 2016
Cheesekut yang menyelerakan !!!
Arini keja takde mood pulak . Kepala rase berat + ting tong . Petang-petang camni, macam biasa la Sheila mula pk nak masak ape balik kerja nie . (Sejak kawen takde benda lain dah pk) Ingat nak masak lauk yang simple-simple je, yela dalam keadaan camni rasa malas nak masak berat2. Saje google-google cari makanan simple2, boleh pulak ternampak resipi Cheesekut . Whatt??
Macam nak try jer, tapi tak tau biler nak buat . Hehehe . Once Sheila da buat, Sheila post ea .
Ok tu je, bai :)
#jangankecamSheilaokeyyy
#Peaceee :)
Friday, 22 January 2016
Kisah lega dan excited Asheila Zakaria :)
Assalamualaikum, hye all :)
Muka ade senyum ini hari. Alhamdulillah . Setelah hampir seminggu Sheila berhempas pulas mencantikkan dan meng"cute"kan blog Sheila. Akhirnya hari ini Tanggal 23 Januari 2016 saya, Asheila Zakaria dengan bangganya merasmikan . . (dushhh dushh dushhh .. bunyi drum taw !!) Asheila Zakaria dot Blogspot dot Com . Kikikiki . Over jerk Sheila nie kan. (Sheila memang over pon) . Hihokhihok.
Tapi Sheila "cute" kan yang basic2 je dulu nie. InshaAllah ade mase, Sheila godek2 lagi :) Godek2 pon, intai2 blogger lain jugak . Sheila mane la pandai nak godek2 kod dalam nie . Tapi, kalau tak pandai, belajar lah kan . Walaupun amek mase yang lama sikit, tapi takpe . Pelan2, tak kan lah lari gunung dikejar . Kaaann .. Hehehe. Sheila ingat Sheila nak buat entry special blog mane Sheila terjah mase proses "cute" kan blog nie . hihihi. Bukan amek sesuka hati taw . Bukan ape, just entry sebagai tanda penghargaan . Tanpa dyorang, xkemana lah blog Sheila ni . Kikikiki :)
Rasa excited pulak bila ade blog sendiri nie . Macam-macam ade kat pale otak nak citer kat dalam ni. TAPI excited2 jugak , kalau tak rajin update , serupa takde blog Sheila oiii . Harap-harap la Sheila istiqamah . Hehehe. Kalau korang tengah terjah2 blog Sheila ni, follow je keyhh . Tak kena bayar pon lahh . FOC jer . (Free of Charge) .hehehehe .
Sheila da lame mengimpikan ade blog sendiri. :) Tapi kenapa baru sekarang ade masa nak buat blog? Sebenarnya Sheila pernah ade blog sejak dari tahun 2012 . (4 tahun yang lepas weyhh) . Tapi disebabkan masa tu Sheila dapat kerja, (masa start blogging tu, tengah menganggur . Kikiki) tu yang buat Sheila jadi tak sempat nak update blog . Lagi pulak tempat keja tak dibenarkan ber"internet" . Kedek punya company ! Heheh . Company Sheila keja mase ni (4 tahun yang lepas) adalah pengalaman pertama Sheila bekerja selepas tamat pengajian di Cosmopoint International College of Technology di Muar dalam bidang Diploma in Secretaryship . Tu pon lepas Sheila menganggur 8 bulan . Hahahaha . Lama kan Sheila tanam anggur kat rumah . Tapi bukan sebarang menganggur taw, masa tu lah Sheila dapat belajar masak mcm2 dgn mak Sheila. Yang ni nanti Sheila kongsi kan kat next entry. Ingatkan Sheila taw ! :)
Dan sekarang, ni adalah company ke 3 Sheila kerja . Alhamdulillah, company ni ade line internet , tu adalah punca utama Sheila bersemangat nk ber"blogging" . Lagipun, kat sini Sheila punya kerja rilex ckit . Tak seperti company2 sebelum ni . Sheila ni mmg pekerja yg berwawasan . (Tetiba) Kikiki (Y)
Adehh, penat nya menaip . Ok lah semua, akhir kata dari Sheila . Bagi blogger2 kat luar sana, jadilah seperti Sheila . Sheila seorang yang bijak. Dia seorang yang bijak menggunakan masa. Jadilah seperti Sheila . Hahahah. Ok, peace yo :)
With Love,